Wednesday, December 2, 2009

can muslim befriends the non-muslim?


Wujudkah hubungan silaturrahim antara orang bukan islam dan orang islam?


Sebagai muslim dan sebagai pengamal agama islam..(bukan islam pada nama ajer, ok..) Ana percaya bahawa kita sebagai orang islam harus sentiasa mendahului dalam hal menunjukkan contoh yang terbaik pada orang lain disekeliling kita. Ana bukan ustazah, malah hanya mendapat pendidikan islam dari sekolah biasa, pembacaan dan pendidikan dari rumah sahaja. So maby pendapat ana tak boleh dijadikan rujukan..But at the same time, ana juga seorang wanita islam yang berpendidikan tinggi, dan mempunyai ramai sahabat karib berbilang bangsa dan agama. Bersentuh bahu dengan kawan bukan islam bukanlah asing bagi ana.


Mendapat pendidikan menengah di sek men Hillcrest, Seri Gombak..my school basically adalah sekolah biasa2 ajer.. Bilangan student lelaki dan perempuan sama banyak, bilangan student melayu dan bukan melayu juga sama banyak. Gombak adalah sebuah daerah yang sangat majmuk. Percampuran antara kaum pasti wujud dan I must say ia wujud dengan sangat mutual sekali. Tader gadoh2, isu2 sensitif sentiasa dielakkan demi menjaga hati setiap kaum.


Kawan2 ana kebanyakannya pengawas sekolah sbb ana pon pengawas jugak.antara kawan bukan islam yang rapat dgn ana ialah Geradline, Jaclyn, Stella dan Puvan..Teoh pun rapat jugak..mereka beragama Kristian, Hindu dan Budha. Ana rapat dgn mereka sbb kami sama mewakili sekolah utk pertandingan bahas bahasa inggeris. Itulah first time ana masuk bahas BI, ana join pun sbb ana nak improvekan penguasaan BI..takut sangat masa volunteer nak join tu..tapi pengalaman yg ditimba lepas berbahas dikhalayak ramai, especially bila menang adalah something yang tak mungkin dapat ana lupakan, InsyaAllah…


So spjg sekolah ana sentiasa lihat disekeliling ana kawan2 yg pelbagai bangsa dan agama, sama2 tolong menolong, bergurau senda bersama, makan lunch sesama, gi rumah masing2, study group..etc. time solat, org islam akan mintak excuse tuk gi masjid or musolla.. In fact yg kristian tu pulak yang sibuk.."eh, sudah pukul 4, Intan kene persi sembahyang…" so kami pun rehatlah dari bincang2 pasal debate..baguskan ada solat nie..otak boleh berehat bila penat bekerja..takderlah kita paksa2 otak bekerja sampai tepu..




Bila masuk uni, itulah kali pertama ana nampak perbezaan yang ketara. Of coz bila jejak kaki masuk universiti semua orang pun berdebar2. tak tahu apakah kejutan hidup sbg seorang mahasiawa/ siswi..apatahlagi bagi budak2 yang amik course medik nie..semua orang macam ada prejudis terhadap orang lain..masing2 cuba mengukur sapa agaknya yang lebih pandai, saper yang nampak stylo cam anak orang kaya, saper budak key ell..mesti dianggap berlagak..aduss..datang uni nak belajar lah wei..

Anyway lepas 5 tahun jadik pelajar perubatan, ana nampak betapa prejudisnya satu kaum dgn kaum yang lain, to the extend yang ana rasa TAK LOGIK…Ana selalu berada ditengah2, tersepit antara kawan bukan islam dan sahabat yg beragama Islam. Kebetulan ana mempunyai buddy senior yang sangat pandai dan baik hati, dia selalu bagi nota2 dia pada ana..then nota2 nie ana share dgn kawan2 ana yang ana rapat. Ana perasan org lain yg ana tak rapat pun ada jugak nota2 yang sama, most probably dapat dari senior masing2..tak pernah dorg offer pun any nota kat ana, so ana pun diam jerlah..then Preetiba and siew wah yang sangat rapat dgn ana ternampak nota tu dalam beg ana..(kitorg mmg sgt rapat, bukak beg masing2 tu is not an offendlah.) mestilah mereka tanya "eh, intan nota tu awak dapat dari mana? Boleh kami tengok?", ana jawablah.."tengoklah..=)" preetiba dan siew wah pun cakaplah boleh tak dia nak fotostate buku nota tu, ana pun bagilah. In fact ana yang volunteer nak fotostatekan sbb ana duk rumah jer, kedai fotostate depan rumah, dorg duk hostel, nak gi kedai fotostate jauuuh.

2 minggu lepas tu ana dapat call dari sorg classmate yang ana langsung tak kamcheng..dia MARAH2 ana sbb ana EXPOSEkan buku nota tu kat kaum lain.. APEKAH? Punyalah dia upset, seolah2 ana melanggar hak asasi manusia ke aper..ana sgt terkejut.. Dan of cozlah, upset jugak.."aku buat salahke memanjangkan ILMU medik hak Allah nie kepada org bukan islam?" ana cakap kat dia yang well, ana tatau buku tu rahsia..setau ana, masa abang bazli bagi buku tu kat ana, dia tak cakap sepatah pun pasal RAHSIE..kalau iyelah buku tu rahsie, pastilah ana pon tanak..tak kuasa nak bersekongkol dgn org yang kedekut ilmu Allah nie…lepas berjaya mengeluarkan nafsu amarah dia pada ana..dia pun meng'call end'kan perbualan kitorang. Sejujurnya, ana rasa cam nak lempang je budak tu..stiap hari bermula hari tu bila ana nampak dia ana rasa nak bagi flying kick (cam flying kiss tu, tapi kat montot..ahahks ..XD)..tapi Ana adalah seorang yang penyabar (hahaha, tapi sabar saya ada hadnya, bila meletups, gunung krakatoa pon respek, hohoho..tak caya tanyalah skoolmate.., ngeeee...)

Tp bermula dari saat tu barulah Allah bagi ana nampak dengan senampak-nampaknya betapa KEDEKUT ILMU nya segelintir org islam melayu nie..tak tahulah nak cakap apa..sbg org islam melayu yang berhubung rapat dgn org beragama lain, Ana rasa sangat malu..If org yg kedekut ilmu tu dapat top of the class tu lainlah..ini tidak, yang top of the class org bangsa lain jugak…or at least, orang melayu yang tak kedekut ilmu cam saya..heeeeeeeeee, (oops, terperasan japs..XD)

Ana cherita kat preetiba, vindhu, kiran, siew wah, ck, narinder, dan too tentang hal nie..ana kata sorilah buku tu rahsia rupanya, kalau korang nak pakai, baca kat umah jer lah, tayah bawak gi kelas, kalo dorg nampak, pasti dorg akan call marah2 saya lagi..huhuhu.[.cam nak nanges jer.].so meke pun ikutlah cakap ana..ini berlaku masa ana tahun 4, posting..O&G..ngahahahahaha..sorilah sesaper yang terkene tu yer..nama awak saya tak sebut pun kat sini, takper kan..ni true story tau.

Ana bukan rapat ngan preeti n yang lain tu masa 4th year jer..ana memang rapat ngan dorg sejak 1st year lagi....mgkn org igt ana nie sorg yang MODEN, mesti org macam ana ni dressing gaya barat, pilih kawan..nak kawan ngan orang pandai jer, org non jer..org melayu ana tak kawan.saya buka seorang yang sosial.mintak mahap sket..ana sentiasa pakai baju kurung masa kat uni tau.tudung xpenah tinggal.yang MODEN hanyalah akal fikiran saya, bukan gaya hidup saya..akal fikiran moden saya mengatakan yang tak guna orang islam cuba menyembunyikan kebaikan/ilmu hak Allah dari org bukan islam..perbuatan tu hanya menyebabkan meke salah anggap terhadap keindahan dan kemuliaan agama kita nie..bila kita buat camtu, dorg tak fikir yang org melayu jahat, tapi dorang fikir org ISLAM jahat..dapat pahala ke bila kita buat camtu? Dapat keredhaan Allah ke? Tepuk dada tanya amalan..okey...


Allah turunkan agama Islam kat dunia nie tuk bawa keamanan dan kemakmuran..tak elok sangat bila orang islam tu instead of jadik contoh kpd org lain, dia jadi racun pulak dalam masyarakat..HASAD DENGKI pula dgn org lain..bila dia tahu dia tak berapa pandai, dia sembunyikan pula nota dari org yang nampak cam lebih pandai daripada dia supaya, kalau dia tak dapat A, orang lain pun tak bleyh dapat A..

APEKAH INI?

Malah ada sorg senior pompuan yang setahun tua sket dari ana..dia sangat baik, seorang pompuan melayu yang simple aja.. Lepas tahun 2 semua org perasan yg dia berchenta dgn sorg senior lelaki cina…dia mendapat kutukan yg hebat dari segelintir student dan pensyarah melayu. Di pulaukan dari join2 kelas2 tambahan sebelum exam, sebab kalau ajak dia, dia mesti akan ajak boyfren cina dia tu, so tak jadi rahsia lagilah kelas tu..


DUNIA, apekah ini? Biarlah dorang kapel..bukan bergesel2 badan, berpegang2 tangan pon, setakat study sesama..budak cina tuh siap praktis poser lagi..pas jadi dokter, meke kawen, brother tu pun masok islam..skrg kopiah tak pernah lekang dari kepala dia. Dah buat master radiology pun dia..BANGGANYA ana dengan dorang..=)...ini yang kita hendak..ramaikan lagi dokter pakar yang ISLAM..tak kesahlah bangsa apa, asalkan islam…perbuatan segelintir melayu islam yang mengejek dan mengutuk dulu tu langsung tak membantu, kan…


Oleh itu, ana nak menyeru (cewwah..ayat..XD) kepada sesape yang terlintas kat page nie, sesaper yg Allah tergerakkan hati dia tu meluangkan masa baca entry ni ingatlah, siapa kita..Kita orang ISLAM..apakah peranan kita di bumi Allah ini?, menjadi Khalifah..manusia adalah khalifah..tetapi manusia beragama islam adalah khalifah dikalangan manusia lain..adakah layak kita bergelar khalifah kalau kita tak menunjukkan perangai yang elok? Dengan perangai yang hancusss nie, mampukah kita berdiri dihadapan Allah diakhirat nanti menjawab kenapa kita bersifat tidak adil sesama manusia?..JAWAB..jangan tak jawab..masa tue menggigil seluruh badan, mulut berkunci, kaki, tangan, otak, hati, hempedu, mata, telinga, montot semua akan tolong jawabkan.."Ya, Allah, kami iri hati dan dengki dengan kelebihan yang Kau berikan pada mereka, sebab tulah kami buat apa yang kami buat masa di dunia dulu..".. Alamatlah kalo jawab camtu, tak lepaslah titian as-sirat…


MARILAH KITA BERINGAT.

Wallahualam

wassalam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...