Friday, April 9, 2010

Cabaran belajar di Perth, Australia: mula2 sampai nak buat aper ek?

Al-kisahnyer, tanggal 12 Julai 2008, berangkatlah pasangan dokter dua sejoli ke negara kangaroo. Harapan dokter 2 orang nie untuk melangsungkan Majlis perkahwinan gilang gemilang dekat dewan beringin merak kayangan terpaksa dilupakan demi menunaikan tanggungjawab pada diri sendiri, Agama jua Negara tercinta.
…..
Kaum keluarga dan sahabat terdekat melambai tangan mengucapkan selamat jalan dan selamat maju jaya kepada mereka berdua… berangkatlah Dr Intan dan suaminya Dr Firdaus ke kehidupan baru, sebagai perantau di negara yang serba asing.
…..
Hati masing2 kelam memikirkan apekah cabaran yang bakal di hadapi di negara orang…sebak memikirkan keluarga tersayang yang terpaksa di tinggalkan, entah bila lagi akan ketemu..namun hati juga agak teruja bila mengenangkan tempat yang sedang di tujui..bagaikan mimpi barangkali kedua kaki ini melangkah kedalam kabin pesawat MAS yang tersergam megah di dataran berlepas KLIA. keduanya cuba untuk menenteramkan hati masing- masing.”

“ bye2, Malaysia…” huhu

now semua tu cam kenangan manis jer.. kelakar pulak sbb penah rasa berdebar-debar bila datang Aussie nie…padahal everything had been taken cared off. sebelum datang sini dah contact Malaysian Post graduate student Association of Western Australia (MyPSA-WA) dan ahli2 My PSA telah pun menyediakan segala kemudahan yang orang baru seperti kami nie perlukan..cam tempat tingal sementara dan kenderaan.
utk makluman semua, PERTH takder MALAYSIAN HALL yer… so you all yang plan nak datang sini sememangnya perlu plan ahead for accommodation and transportation semualah..so mmg Alhamdulillah sgt adanya persatuan cam MyPSA-WA nie. sampai di airport perth kami disambut oleh 3 jejaka (hahaha..padahal bapak2 orang sumer tuh) Zury, Hamdan and Faiz. dorang ader yang jadik student kat sini, ada jugak yang ‘turut isteri’ sambil jaga rumah tangga..hehe.
mereka bertigalah yang drive kami ke rumah sementara..rumah sementara tu sebenarnya rumah Kamil..dia student PhD kat University of Western Australia, tp time kami datang, dia balik Malaysia, so rumah dia SIFAR, kami yang 2 kuasa 2 ni ( sbb kami dtg sekali dengan sepasang kawan jugak) pun menumpanglah rumah kamil yang 2 bilik tu.. itulah first time masuk rumah kat Aussie.. design rumah nyer simple ajer… tapi ader back yard yang besar..kalau ada anak kecik syoklah boleh main basikal roda tiga kat situ..basikal toreh getah tu tak muatlah nak main kat back yard yer..hikhiks
sebab menumpang rumah orang, tak boleh lah lama2 sangat kan.. kene cari jugak rumah tetap.. maka kami pun memulakan pencarian DARA.com eh bukan..pencarian rumah…hehehe.. kami ikut jelah nasihat orang2 yang baru dikenali tu.. cari rumah bukanlah kene berjalan kehulu kehilir..dan bukan kene tgk surat kabar pun..tapi sekadar tgk kat internet jer..
proses mencari rumah sewa walaupun memakan masa 2 minggu jer, tapi sangatlah mendukacitakan di awalnya.. yelah, kita orang baru sampai, dokumen yang ada cumalah paspot je..bank pun tak bukak lagi, sekolah pun tak daftar lagi..tepon pun takder lagi..terasa cam PATI pulak..
“baru lama? hijau ka, biru ka?” hihi..=^.^=
nak cari rumah kene pakai internet ..yelah, sbb nak access website2 tue, takder internet mana boleh cari rumah..tp  dimana lah nak ku dapat internet ni? cuba cakap sket… Ni bukan KL ada hotspot… so nasib baik dekat university of western australia tu ada student services…and kat student services tu ada internet free.. so kat situlah kami cari..kami juga ada pergi rumah hanani, lama kami duk guna internet kat rumah dier.. dapat alamat rumah yang kami duduk akhirnya tu pun masa kat umah nani lah..tengkiu nani..hehe..
akhirnya dapat rumah unfurnished kat suburb Claremont..hurm, kawasan orang kaya rupanya tempat tu..rumah townhouse lagi..kereta porche je sekeliling rumah.. mercedes benz, Bentley, Cooper sumer jual tepi kedai beskal tepi jalan jer..peliklah omputeh nie.. macam jual karipap pulak.
……
“karipap panas..jual..jual..apam pun ada..jual jual.. 20 sen satu. Akak nak beli karipap? nasi lemak pun ada..singgit jer kak..tolonglah beli kak..saya tolong mak saya berniaga nie..”
…….
teringat plak kat budak mamak yang comel yang selalu jual nasi lemak ketuk pintu rumah dulu..haha, rindu plak suasana camtu.
……
nak masuk rumah banyak dokumen yang kene ada..termasuklah akaun bank, surat tawaran dari universiti pun dorang nak, surat jaminan biasiswa laaaagilah penting kan..mereka nak tahulah yang kita ada jaminan yang kita boleh bayar sewa tu..
kat sini urusan sewa menyewa ni urus dengan agen rumah, tak urus direct dgn tuan rumah tau..so everything mmg very formalized lah. bank tu kita bukak dengan duit yang bawa dari Malaysia lah… bukan banyak pun.. tapi cukuplah tuk meyakinkan agen rumah tu yang kitorang ada duit.. lagipun pegang duit tu dalam tangan je nak buat aper kan…tak safe.. lebih baik masuk bank..bila dah bukak akaun bank, at least kad bank tu boleh jadi identification kita jugak..tp haish..tak naklah show2 kad bank sebagai ID kan.. gunalah student kad kpd saper yang ada student card tu..at least tak merisikokan membawak paspot kehulu kehilir..naya wo kalau salah letak paspot..jadi PATI betul2 karang…
bila kita berkenan kat mana2 rumah dalam website rumah tu, kita jangan main apply jer terus.sbb kadang2 scam jer tau.so,kene pergi view rumah tu in person jugak. tak view, tak boleh apply..so disinilah pentingnya ada kereta..or ada sesiapa yang boleh drivekan kita kemana- mana. so kami beli kereta terpakai jerlah..murah pun murah..yang penting kereta tu ok, boleh gerak dan selamat kan.. beli kereta second hand bayar cash jer tau..hehe, cam org kaya plak.. 
ok..pasal kereta nie kita tangguh for next entry plak.. sbb I tatau sgt..hehe, yang beli kereta tu my hubby..ok, till next time. bye! (wah, cam pengacara tv plak style aku)hihihi…

8 comments:

  1. datang perth julai 2008? Lebih a3wal dari akak tu?

    ReplyDelete
  2. memang July 2008... saya buat Master setahun then baru sambung PhD August 2009. =) dah lama kan saya dekat Perth.. ramai orang memang ingat saya macam orang baru sbb tak selalu nampak muka kot.. hehe

    =^.^=

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam, saya baru balik malaysia for good last january.

    ReplyDelete
  4. Saya belajar since 2008 sampai 2013. I guess around 5 years.. =^.^=

    ReplyDelete
  5. Akak leh email sy tmpt2 yg cheap kt sne..makn ke..accommodation ke...sy nk g may ni tp blur2 lg..hehe tq!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...