Monday, December 28, 2009

Kerja time org Len cuti

Pagi ni bangun awal sket sbb hari isnin kene gi kerja. Buwek!! Tak aci btol.. Org len dpt cuti, Ana sowang je keje..hurm, Ingat nak wat pilates dulu tp cam dah tak sempat je.. Balik nanti baru buat lah. Tp sempat plak Ana intai2 harga mesin eliptical kat Internet.. Nak beli ke tak? Aaahh nantilah baru pikir.

Hari ni if bank westpac bukak ingat nak gi bayar deposit rumah percutian kat Claremont tulah.hurm, takut if lambat bayar nanti tuan rumah bagi kat org lain pulak.. Dah la Susah mencarinya.. Takkan nak senang2 lepaskan kat org lain pulak kan...rumah ni tuk Mak n family member yg lain. Dorg nk dtg sini musim sejuk nnti.. Bulan 6 tawun depan. Sbb ramai yg nak dtg, tpaksa Cari rumah lain.. Susah ar kalau Sumer org nak duk kat umah Ana.. Nak menjaga auratnya sgt melecehkan.. Kesian kat Rina nak jg auratnya ngan hubby ana.. And kesian jugak kat Mak ngah (kakak emak) sbb kene jg aurat ngan ayah tiri Ana...so penyelesaian terbaik... Cari rumah lain yg Besar Dan byk bilik supaya at least masa nak tido dorg tak perlu bertudung..

Last year Mak n family yg lain dtg jugak masa musim sejuk.. Masa tu Ana cuti. Dorg dtg smggu je time tu.. Ayah busy sgt.. Dia kan branch manager bank Islam cwgn selayang... Nak cuti sket pun Susah.. Tak bleh harapla assisstant dia tuh..

Tp sbb smggu je smpt shopping je la. Xsmpt nk gi tmpt2 menarik sgt. Zoo pergilah sbb nk tgk kangaroo n koala sgt.. Itu jelah kot.. Hari2 Len samada lepak kat pantai atau kat shopping complex.. Pantai da tak heran da sbb rumah Ana ni tepi pantai.. Tp dorg yg nak amik gmba sgt kat pantai Ana bawak jugaklah.. Bukan bleh Mandi manda pun.. Sejuk giller!! Suhu time tuh 6 degree celsius je tau..

Anyway entry ni sama skali bukan pasal percutian tawun lepas, tp adalah ttg hakikat yg saga kene kerja time org Len cuti.. Xmas cuti 2 mggu kt sinih.. Tp gue amik cuti 3 hari jer.. Hari ni smbg keje. Takperlah kan.. Asalkan keje siap sudahlah.. At least happy sket tak ramai org kat fakulti tu.. Kalau ramai org tp Sumer mabuk n buat bising nak buat apa kan..

Smntara cuti nih Ana amik gmbar campus.. Kwsn berpagar ni tmot student minum beer beramai2.. Ada ke geng2 non Muslim ni ajak Ana lepak kat situ? Haramla Ana nak gi sana.








Rasanya dorg letak pagar bb takut budak2 yg mabuk gi hentak org2 lain yg Jalan kat tepi2 tu kot.





Ni lah campus.. Cantik je biker takder org.. Kalau time busy penuh ngan org duk lepak2 kat Padang tu..







Oraitt Ana nak pen off dulu.. Time tuk gi keje.. Hahaha dah kul 9 ke.. Takper Biar lmbt asalkan slmt.. Hohoho




- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...