Monday, June 21, 2010

Kalau lah Beta hidup zaman merong maha wangsa...kui kui kui

Walaupun entry ini mungkin sungguh crazy unrelated to my previous entry tp Ana nak letak jugak. It's Monday and as usual beta akan bermesyuarat secara rasmi dengan penasihat-penasihat kanan beta (supervisors la tue kan). Kesemua kami pun adalah ilmuan dari golongan bangsawan, maka sudah semestinya berlaku pertemuan minda antara kami bertiga.

" Tuanku Seri Intan Pata Negara (ecewah), moleklah kiranya Tuanku bentangkan hasil pengkajian Tuanku setakat ini," Kata Gabenor British, (zaman tu manader Australia kan) Dato' Brendan sambil di iyakan oleh sahabatnya Resident Mark. Tajam anak mata beta menenung 2 penasihat kanan ini..huh, terasa malas untuk beta bertitah hari ini memandangkan pengkajian yang dirancangkan belum bisa untuk dimulakan, masakan pula untuk membuahkan hasil..mana mungkin, para penasihat sekalian, untuk beta mendapat result andaikan masa yang tuan2 berikan hanya 4 hari, bukan 4 purnama!

Namun beta gagahkan jua untuk berbicara, "Seperti yang tuan Gavernor dan tuan Resident berdua ketahui, bukankah research animal baru saja kita terima barang 3-4 hari yang lepas? maka sudah tentulah beta perlu menunggu sehingga tamat 7 hari tempoh penyesuaian sebelum pengkajian bisa dimulakan." (dalam hati membebel, cepat gillers org2 omputeh nie nak mintak result, ingat aku nie robot ke?) 

" owh yea, maafkan kami tuanku.." (hamboi, sekarang pakai "kami" yea, takder patik2 lagi  bila cakap ngan aku?). Nah, apakah permasalahan lain yang patut kita bincangkan?" sambung gavernor tersebut. " Tuan gavernor, sudahkan tuan menyemak abstract yang telah beta hantar barang seminggu nan lalu? esok merupakan dateline untuk penyerahan abstract tersebut," titah beta, memecahkan keheningan ruang bilik mensyuarat tersebut..(laungan cengkerik terdengar sayup2 dibelakang). "Owh, abstract? mungkin saya terlupa, tuanku... Akan saya teliti abstract tuanku sekarang juga," kata gavernor british itu sambil sibuk membelek2 laptop beliau..(eh zaman merong mahawangsa nie dah ada laptop ke? layan je lah)

setelah menjumpai abstract beta yang terselit dicelah2 fail2 penting dalam hard drive beliau, si gavernor mula bercakap lagi, " erm, tuanku, blehkah kiranya tuanku berikan saya timeline untuk project besar tuanku nanti supaya mudah untuk saya menjangka kepadatan peggunaan animal house kita."

Sungguh beta tersentak dengan permintaan si British ini, beberapa minggu yang lalu telah beta suarakan permasalahan timeline ini dan dengan mudahnya kedua penasihat inggeris ini mengatakan bahawa timeline tidak diperlukan buat masa ini kerana project PhD beta pun belum pasti lagi nah, tiba2 mereka umumkan yang mereka mahukan timeline tersebut A.S.A.P...memang dasar Inggeris! Huh, alamatnya bersengkang mata lagilah beta untuk menyiapkan this thing called timeline..." baiklah tuan gavernor dan tuan resident, akan beta usahakan timeline tersebut..." "Owh, kami mahu melihatnya esok, ya, tuanku.." Chet..keluh beta lagi sambil mengangguk..kesekian kalinya seorang bangsawan melayu terpaksa mendengar cakap penasihat britisth tanpa bantahan.

Ngeeee =^.^=

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...