Lip lap.. lip lap... bunyik mata kita pejam celik pejam celik....
Tau2 rupanya dah September 2012. cepatnya masa berlalu. masih teringat lagi first day melangkah keluar dari departure hall KLIA, dengan perasaan yang excited campur risau campur gementar... semua ada, bercampur baur macam rojak, kita cekalkan jugak hati untuk tinggalkan family tersayang untuk sambung study dekat Perth ni. sepanjang perjalanan walaupun dihidangkan dengan in flight entertainment bertali arus, rasa duk dak duk dak dalam hati tu tetap tak mau hilang.
Pastu bila kapten announce "we have arrived in Perth, ground temperature is 7 degree Celsius...bla bla bla..." masa tu barulah minda ni start nak terima kenyataan, wah.. I'm in Perth. I'm in Perth.. there's nobody here except my hubby & me. wah! boleh buat sesuka hati mulai sekarang!! wah!! seronotnyers!!!!! (oh yea, lupa nak cakap... kadang2 saya memang tak berapa betul. especially bila terover eksaited.. =D ngeee).. kisah seterusnya on how we all survive first few days dekat Perth ni telah dimaktubkan dalam entry yang lepas (here, nyah)...
Haha.."Perth.." dulu dengar nama jer..kedudukannya dalam peta pun kita tak pernah amek tahu. dah dapat surat approval untuk sambung belajar ke sini baru sibuk2 nak google map kat mana tempat yang dinamakan Perth ni. walawey.. skrg sudah dekat nak 5 tahun kita duk kat sini rupanya. cam tak percaya jer.
(Gambar diatas nie sama sekali BUKAN rumah kita kat Claremont tu ok.. ni rumah kita kat malaysia..hikhikhik..rumah contoh jer..rumah sebenar dalam pembinaan)
dalam entry kita yang sebelum nie (yang dua tahun lepas tuh....kikiki) kita ada cakap pasal camner nak cari rumah sewa kan. sebenarnya dalam 4 tahun setengah we all duk sini, 4 buah rumah jugaklah yang kitorang duduk. boleh kata setiap tahun pindah rumah tau. bukan suka2, bukan main2 tapi cobaan... betul2 punya cobaan..
rumah pertama kitorang kat Claremont, Western Australia.
jaraknya 6 km dari my school (university of western australia: UWA) tu..kalau jalan kaki 30 minit..kalau naik kereta 5-15 minit bergantung pada traffic light nak hijau selalu ke, atau nak merah selalu... kalau tanak naik kaki atau naik kereta, boleh naik bas juga maa... beberapa sen je kalau uols ada student pass. tp kita tak pernah naik bas sbb my hubby (Mr Hubbs) sentiasa hantar dan amek kita pergi balik sekolah. minyak kereta AUD 40 kot sebulan. duduk within 10 km radius from UWA nie, jangan mimpi indahlah nak dapatkan parking permit yer.. dorang akan suruh kita usaha sendiri pergi sekolah. no free parking. duduk jauh baru dapat parking permit nie.
rumah nie 3 bilik, 1 bathroom, 2 wc, 2 parkings... we all menyewa dengan the other couple yang datang sekali with us tu. Zaman tu (2008), rumah 3 bilik nie sewanya hanyalah 450 jer seMINGGU..bukan sebulan okeh, tapi seminggu. so kitorang split the rent kpd AUD 225 each. sebulan bayar AUD 900 jer. Inilah sewa paling murah selama 4 tahun lebih duduk kat perth nie..
cabaran besar for first time renters ni ialah nak memenangi kepercayaan realty (realestate) agent yang kita nie responsible, dependable and trustworthy utk dapat rumah yang kita nak tu. I mean, rumah memang banyak yang for rent dekat perth ni, but our priorities adalah dekat dengan UWA... so area yang terlibat ialah sekitar nedlands & crawley... maybe extend sampai claremont & cottesloe... tak banyak rumah sewa yang murah kat area2 yang hotz macam ni..
kalau ada rezeki mewah, time kita cari rumah tu ada laa beberapa houses open up, yang harganya berkadar terus dengan budget kita.. TETAPI kita kene ingat yang bukan kita jer student yang baru sampai dan sedang mencari rumah.. raaaaaaamai lagi student yang sama2 tgh cari rumah cam kita.
believe me, normal situation time home viewing, biasanya rumah sebijik je yang available, tapi orang yang datang menyerbu nak view rumah tu kadang2 sampai 24 orang! kalau semua tu couples at least ada 12 couples yang kita nak kene fight utk dapatkan rumah tu.. tapi macam mana plak kalau semua tu singles? kita nak fight for that pretty and cheap and close by house dengan 24 orang yang lain.. akan terpilih kah kita? so disini saya nak bagitau pada first time renters dekat wilayah Perth nie... apekah tips & tricks utk dapat rumah yang uols idam2 kan tuh..
Tips pertama, contact agent nicely & professionally masa tgk website www.reiwa.com.au atau www.realestate.com.au tu. bagi tahu situasi uols dengan terang dan jelas. inquire on availability of the house, your interest to view the house and when is the viewing. (gunakan perkataan kindly, and please banyak2 kali dalam email tu)
keduanya.. tengok rumah tu under realestate aper? then pergi ke website realestate tersebut dan download dari website tuh house application form. dah download tu aperlagi, isilah borang2 tersebut beserta lampiran2 yang dikhendaki. obviously kita kene sediakan some form of ID.. yang nie guna photostate passportlah, kalau dapat scan and print kaler lagi bagus.. kalau rasa2 macam takder printer kaler, elok buat siap2 dari malaysia tanahair tercinta kita tu.. fotostate byk2 passport tuh kat ofis... kan ke free je...
yang ketiga, setiap application perlu disertakan dengan "option fee". usually option fee nie sama harga dengan seminggu sewa rumah tersebut.kalau uols benar2 yakin that's the house that you want berdasarkan gambar2 yang telah diuplodkan kat website reiwa atau realestate tadi, bolehlah seidakan yang option fee tu. tp jangan bank in dulu kat agent.. view rumah dulu!
keempat, time view rumah tu nak buat aper ek?
OK yang nie kita kene guna prinsip first impression lasts a lifetime.. kalau kita nak bagi impression kat agent yang kita nie reliable, patutkah kita pergi home viewing pakai kain batik ngan t-shirt pastu pakai selipar jepun? tak patut kan.. so yang gentlemen tu pakailah kemeja & seluar slack cam nak gi BTN tu.. tak pun pakai kemeja-T berkolar dan seluar yang kemas. koyak2 lutut tak comeylah...yang ladies pulak, pakai baju yang korang selalu pakai utk gi kerja / majlis formal. baju kurung boleh, jubah seluar pun boleh, asalkan nampak imej professional jadilah.. kalau rambut plak, jangan kasi itu rambut mengerbang2.. biar tersikat rapi.. cleavage juga jangan kasi ternampak... ok! dibuatnya agent tu jelles sbb Uols terlampau hotz.. tak dapat plak rumah tu nanti... huhuhu
tu baru pakaian.. dah sampai kat rumah yang uols nak view tu, say hi to the agent. camner nak tahu saper agent? biasanya agent yang pakai blazer tu. tak kira laki ke perempuan, dorg mmg selalu pakai formal time home viewing. borak2 ngan agent kalau boleh. flaunt your english yang berhabuk tuh.. IELTS kan dapat cemerlang hari tu... disinilah masanya nak praktis! kihkihkih. =^.^= kalau ada anak2 bawak budak2 tu sekali. pastikan masing2 pakai their best outfit, pastikan baby2 semua kenyang dan dah tukar lampin so takder nak nangis2 and on their best cutest behaviour.. then hopefully budak2 tu buat mata "puss in boots" supaya agent tu cair dan dengan hati terbuka akan bagi uols rumah tu..hikhikhik =P
time nie uols boleh pergi kat agent tu cakap "Excuse me, Miss/Sir, I have completed the application form for this house, should I hand it to you or should I go to the office?" masa tu agent akan faham lah yang U mmg serious nak rumah tu..
Now, kalau uols tamau hand in application tu terus, tapi nak view sahaja sbb ada byk lagi rumah lain yang berkenan di hati, kita suggest Uols jgn tggu lama2 sangat utk berfikir.. paling lama pun biar overnight je.. sbb gerenti melepas. especially klu ramai org time viewing tu..
OK tricks kalau rumah yang uols nak tu dah perfect sangat.. besar dan luas, murah, dekat plak tu dengan skool, jalan kaki 5 minit je dah sampai...tapi 40 orang datang view sekali dengan uols.. muka semua professional, masing2 pun nampak cam postgrad student yang dah penah ada karier yang berjaya sblm nie... basically mmg intimidatinglah uols punya saingan tuk rumah tersebut... one thing you could do masa nak apply rumah tu ialah.. increase the rent. kalau agent tawar AUD 450 seminggu.. you letak kat situ 460/week ke..ikut kemampuanlah, ok.. kita selalu naikkan 5 dollar je seminggu... dan everytime kita wat camtu dapat rumah yang diidamkan tu.. so if uols nak ikut trick ni ikutlah tp at your own risk ok.. hehehehe..
Baiklah, sampai disini sahaja buat masa nie..
kalau terasa macam nak tahu lebih lanjut pasal apa2 jer tentang cabaran belajar kat Perth ni, silakan email sahaja tuan punya blog nie ok. tee hee hee. till then.
Wassalam,
Ana